Acara
Lawatan DMSB Ke Kilang Waste Receiver
- Kilang Westport DMSB
- 30 April 2025 (Rabu) 9.00 Pagi
DMSB selaku subsidiari Felcra Berhad dengan berbesar hati telah menyantuni rombongan lawatan daripada Cawangan Pengawasan, Bahagian Khidmat Nasihat Ladang (KNL) FELCRA Berhad. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat produk baja baharu yang dikilangkan oleh DMSB serta menimba ilmu dan melihat sendiri pemprosesan produk-produk baja yang digunapakai oleh FELCRA Berhad.